Rabu, 15 Julai 2009

Manusia Unggul

Setiap manusia dilahirkan di dunia dengan satu tujuan, iaitu sebagai Khalifah atau pentadbir di muka bumi. Mentadbir adalah satu proses cukup significant, kerana dari sinilah terbinanya tamadun unggul seperti Babylon, Nil dan sebagainya. Kebangkitan empayar besar seperti Rom dan Parsi adalah kerana keupayaan mereka mentadbir dan mengurus sumber dan kemahiran secara efektif.

Namun, kebangkitan sebuah empayar di tengah-tengah kuasa besar, membuka mata umat manusia, bahawasanya bila manusia-manusia unggul muncul tiada lagi dapat menentang empayar Islam. Di ketuai oleh junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w, muncul manusia unggul seperti Abu Bakar, Umar al Khattab, Ali bin Abi Talib yang seterusnya memnyebarkan agama suci ini ke serata pelusuk dunia. Al-Khawarizmi, Ibn Sina, Ibn Rusyd nama-nama unggul ketika Islam gah di puncak.

Ralatnya, pada hari ini bila empayar Turkey Uthmaniyyah runtuh, umat Islam mula lemah dan semakin hari semakin di tindas oleh golongan lain. Di sini tiada lagi manusia yang layak digelar unggul di kalangan umat Islam, dan kemunculan nama-nama seperti Thomas Edison, Albert Einstein lebih digelar sinonim digelar manusia unggul.

Dalam konteks ini, saya menyeru dengan rendah diri untuk semua kita supaya dapat menreformasikan diri kita untuk menjadi seorang MANUSIA UNGGUL, agar kita dapat MENCIPTA SATU PENAKLUKAN…